Home Top Ad

Soalan Rumusan - langkah pencegahan kes-kes kekejaman terhadap kanak-kanak dan manfaatnya

Share:
Soalan 1: Rumusan

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang 
langkah pencegahan kes-kes kekejaman terhadap kanak-kanak dan manfaatnya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

        Sekali lagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan kejadian menyayat hati yang membabitkan pembunuhan kanak-kanak. Pembunuhan kejam ini meninggalkan kesan yang mendalam kerana negara kita baru saja diumumkan sebagai negara aman yang ke-19 di dunia. Paling sadis jenayah disabitkan oleh perlakuan indvidu yang bermasalah jiwa dan mental serta tidak boleh dikenal pasti kerana individu ini kelihatan normal dan hidup bebas dalam masyarakat. Berdasarkan kajian, kes jenayah kanak-kanak juga boleh berlaku di mana-mana sahaja dan tingkah laku pelakunya sukar dijangkakan kerana tidak semua kes mempunyei corak perlakuan jenayah yang sama. Kes ini juga boleh dikaitkan dengan individu pedofilia yang mengalami ganguan psikoseksual.


        Walau bagaimanapun, ibu bapalah yang perlu bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak. Kebanyakan kes jenayah yang terjadi disebabkan kealpaan ibu bapa yang membenarkan kanak-kanak ini bersendirian. Sebenarnya, ibu bapa kepada kanak-kanak yang berusia bawah tujuh tahun secara sengaja mendedahkan anak mereka kepada kemungkinan diculik atau dilarikan, boleh dikenakan hukuman mangikut seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001. Seksyen 33 pula  menyatakan adalah menjadi kesalahan jika ibu bapa atau penjaga membiarkan anak mereka tanpa pengawasan orang dewasa atau meninggalkan anak untuk satu tempoh yang tidak munasabah atau membiarkan mereka dalam keadaan tidak munasabah.
-- adsense --

        lbu bapa harus mergajar anak supaya mempunyai sifat curiga kepada orang yang tidak dikenali dan menqehadkan sempadan kehadiran orang yang tidak diiktiraf sebagai saudara mara atau sahabat keluarga. Kanak-kanak di bawah umur pula seharusnya sentiasa berada di bawah pengawasan keluarga. Kanak-kanak tidak seharusnya dibiarkan keluar bersendirian tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Jangan sudah terhantuk, baru tengadah. Kesilapan sedetik ini akan menyebabkan penderitaan sepanjang hayat. Walaupun pesanan seperti ini sentiasa disampaikan, masih ada lagi ibu bapa yang beranggapan tiada salahnya membenarkan anak kecil berada di luar rumah kerana mereka sudah biasa dengan persekitaran kawasan tempat tinggal. lbu bapa perlu mencari titik keseimbaqgan bagi memastikan masa berkualiti dapat diberikan kepada anak-anak. Ibu bapa juga perlu sedar bahawa anak-anak juga berhak untuk bersama-sama mereka. Jangan mengawasi anak anak hanya sacara bermusim. Sebagai contoh, ketika berlaku kes kehilangan kanak-kanak seperti Nurin Jazlin Jazmin dan Dirang barulah ibu bapa sibuk memastikan keselamatan anak mereka terjamin. Selepas seketika, ingatan terhadap kejadian kanak-kanak hilang, dibunuh dan dibakar semakin terhakis. Lbu bapa kembali bersikap sambil lewa.


        Harus menjadi ingatan, kejadian jenayah akan berlaku apabila wujud peluanq yang luas untuk penjenayah bertindak. Penjenayah tidak seharusnya diberikan ruang dan peluang seperti ini. Peranan ibu bapa sangat penting dalam memastikan persekitaran anak sentiasa selamat. lbu bapa merupakan benteng pertama dalam memastikan kehidupan anak terjamin. Semoga kisah arwah Nurul Nadirah Abdullah menjadi pengajaran yarg berguna kepada semua pihak.


(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jangan ambil mudah 
Keselamatan anak di luar rumah, Oleh Anuar Patho Rahman
Berita Harian lsnin 1 April 2012)



Rangka rumusan

Pendahuluan:


Petikan membincangkan cara/kaedah/usaha  pencegahan kes-kes kekejaman terhadap kanak-kanak yang berlaku di Malaysia/di negara ini.

Isi Tersurat:
  1. Ibu bapa perlu bertanggungjawab terhadap keselamatan kanak-kanak.(2m)
  2. Ibu bapa harus mengajar anak supaya mempunyai sifat curiga kepada orangyang tidak dikenali (2m)
  3. Mengajar anak mengehadkan sempadan kehadiran orang yang tidak ' diiktiraf 'sebagai saudara mara atau sahabat keluarga.(2m)
  4. Kanak-kanak di bawah umur seharusnya sentiasa di bawah pengawasankeluarga (2m)
  5. Ibu bapa perlu mencari titik keseimbangan bagi memastikan masa berkualitidapat diberikan kepada anak-anak. (2m)
  6. Ibu bapa perlu sedar bahawa anak-anak juga mempunyai hak untuk bersama-sama mereka. (2m)
  7. Jangan mengawasi anak-anak secara bermusim. (2m)
  8. Penjenayah tidak seharusnya diberikan ruang dan peluang untuk bertindak. (2m)
  9. Ibu bapa juga perlu memastikan persekitaran anak sentiasa selamat. (2m)


 Isi Tersirat:
  1. Keselamatan anak-anak lebih terjamin/selamat sepanjang masa. (2m)
  2. Kes-kes jenayah terhadap kanak-kanak dapat dicegah lebih awal. (2m)
  3. Kanak-kanak lebih prihatin terhadap keperluan menjaga keselamatan diri/ kanak-kanak terdidik untuk bertindak sendiri menghalang jenayah terhadapmereka. (2m)
  4. Ibu bapa lebih prihatin terhadap pergerakan anak-anak. (2m)
  5. Undang-undang kesalahan jenayah terhadap kanak-kanak menjadi lebih kemas (2m)
  6. Melahirkan masyarakat yang prihatin terhadap keselamatan kanak-kanak. (2m)
  7. Pihak polis/pihak berkuasa dapat bertindak segera jika ada laporan. (2m)


Penutup:

Semua pihak perlu berganding bahu mencegah kekejaman terhadap kanak-kanakagar keselamatan kanak-kanak terjamin. (2m)

Atau

Kes kekejaman terhadap kanak-kanak perlu diperangi habis-habisan supaya generasimuda dapat menikmati kehidupan yang sejahtera(2m)



Soalan 2:Pemahaman

(35 markah)

Soalan 2(a):    Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan – soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata kejadian menyayat hati?

(2 markah)
Peristiwa/perkara/perihal yang menghiris perasaan/jiwa.

(ii)
Mengapakah pelaku jenayah terhadap kanak-kanak sukar dikenal pasti?

(3 markah)
-  mereka kelihatan normal
-  mereka hidup bebas1
-  tingkah laku mereka sukar dijangkakan
-  corak perlakuan jenayah mereka tidak sama

(iii)
Berikan pendapat anda tentang peranan masyarakat dalam memerangi kes-kes kekejaman terhadap kanak-kanak.

(4 markah)
  • Prihatin/peka/sensitif terhadap keselamatan kanak-kanak
  • Melaporkan kes  kepada pihak berkuasa dengan segera
  • Bertindak spontan menghalang kejadian
  • Peka akan kehadiran orang asing/luar yang dicurigai/tidak dikenali
  • Menegur/menasihati ibu bapa/ahli keluarga yang bertindak kejam terhadapkanak-kanak

2 comments: