Home Top Ad

Soalan Rumusan - kepentingan taman awam kepada masyarakat dan cara untuk menjaga taman awam

Share:
Bahasa Melayu SPM Kertas 2
BM SPM Kertas 2
Soalan 1: Rumusan

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang 
kepentingan taman awam kepada masyarakat dan cara untuk menjaga taman awam. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

        Pembangunan taman dan ujana awam di Negara ini bermula pada zaman sebelurn merdeka lagi dalam bentuk taman botani, iaitu Taman Botani PulauPinang, Taman Botani Taiping dan Taman Botani TasikPerdana, KualaLumpur. Tujuan asal taman pada masa itu lebih kepada pengumpulan koleksi sepsis tumbuhan, samaada daripada sepsis tempatan mahupun luarnegara, untuk tujuan penyelidikan dan pendidikan. Pembangunan taman  awam ini juga sehamsnya mampu memberi impak bukan sahaja kepada kerajaan tetapi juga kepada masyarakat.


        Selepas merdeka, Negara berkembang dengan pesat dalam pelbagai sektor. Sejajar dengan perkembangan itu, kerajaan telah membangunkan tamandan ujana awam untuk menampung keperluan penduduk terutama di kawasan Bandar dan pinggir bandar. Matlamat utamanya adalah untuk menjayakan pencapaian kualiti kehidupan yang menyeluruh (Total Quality Living Environment) dengan tumpuan kepada mutu persekitaran kebidupan yang indah, bersih dan selamat. Penyediaan taman dan ujana awam dapat memberikan ruang yang selesa daripada impak rekreasi dan keindahan alam di sekitar kawasan penduduk setempat, selain memberi peluang penduduk berinteraksi antara satu sama lain yang akan membantu integrasi social dan kesejahteraan hidup rakyat. 


        Pengguna yang memanfaatkan kemudahan yang disediakan mampu memperoleh peningkatan tahap kesihatan melalui pelbagai aktiviti fizika lseperti senaman dan bersukan secara berkumpulan atau individu. Malah, keindahan persekitaran alam seperti pokok teduhan, padang rumput dan pokok bunga-bungaan di kawasan itu mampu memberikan kelegaan daripada tekanan kehidupan seharian dan mempengaruhi tahap kesegaran mental pengguna. Sesetengah taman mampu menarik ribuan pelancong kerana mempunyai identity dan keunikan sendiri. Hal ini serba sedikit akan membawa kepada peningkatan ekonomi setempat dari segi penginapan, pemiagaan makanan dan kraftangan.


        Pokok dalam ruang lapang dan taman awam juga memainkan peranan penting dalam pengeluaran oksigen dalam udara, disamping member teduhan kepada pengguna. Hal ini kerana pokok yang rimbun akan menghalang cahaya terik matahari terus kebumi. Ruang hijau dalam taman awam turut memainkan peranan dalam kawalan banjir kerana air larian permukaan tanah dapat menyerap masuk ke dalam tanah semasa hujan lebat. Kewujudan taman-taman ini di kawasan Bandar dapat membantu usaha untuk mengurangkan kesan pulau haba.


        Oleh sebab, pembangunan taman dan ujana awam banyak membawa kesan positif kepada masyarakat, sewajarnyalah kita sebagai anggota masyarakat memainkan peranan dan penyelenggaraan dan pengurusan aktiviti di kawasan berkenaan. Jabatan Landskap Negara bercadang untuk melancarkan Hari Landskap Negara 2013 bagi memupuk kesedaran penjagaan landskap, taman dan ujana awam serta ruang hijau di Negara ini.


(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kepentingan Taman Awam Kepada

 Masyarakat, Jabatan Landskap Negara, Berita Harian 3 Mac 2013)



Rangka rumusan

Pendahuluan:


Petikan membincangkan kelebihan / kebaikan / faedab / manfaat taman awam kepada masyarakat di Malaysia / di negara in!

Isi Tersurat:
  1. dapat memberikan ruang yang selesa daripada impak rekreasi.
  2. dapat memberikan ruang yang selesa daripada impak keindahan alam 
  3. memberi peluang peoduduk berinteraksi antara satu sama lain.
  4. membantu integrasi sosial
  5. membantu kesejahteraan hidup rakyat
  6. memperoleh peningkatan tahap kesihatan melalui pelbagai aktiviti fizikal
  7. mampu memberikan kelegaan daripada tekanan kehidupan seharian
  8. mempengaruhi tahap kesegaran mental pengguna
  9. membawa kepada peningkatan ekonomi setempat
  10. dapat memulihara tanah
  11. memberi teduhan kepada pengguna
  12. memainkan peranan dalam kawalan banjir
  13. dapat mernbantu usaha untuk rnengurangkan kesan pulau haba


 Isi Tersirat:
  1. pengunjung sentiasa menjaga kebersihan taman / mematuhi cara penggunaan taman
  2. bergotong-royong untuk rnembersihkan taman
  3. mengadakan kempen kepentingan taman awam
  4. penguatkuasaan undang-undang/ peraturan


Penutup:

Kesedaran ahli masyarakat / orang ramai perlu dalam mengekalkan kewujudan taman awam demi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat.

Atau

Rakyat perlu memberi kerjasama dalam semua usaha atau kempen yang dilaksanakan untuk menjaga kepentingan taman awam agar memberi impak yang positif kepada penduduk setempat.




Soalan 2: Pemahaman

(35 markah)

Soalan 2(a):    Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan – soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)
Berikan maksud rangkai kata berkembang dengan pesat

(2 markah)
maksud berkembang dengan pesat ialah; maju / tumbuh dengan sangat cepat / pantas

(ii)
Apakah tujuan asal pembangunan taman dan ujana awam?

(3 markah)
-  pengumpulan koleksi spesis tumbuhan
-  untuk tujuan penyelidikan
-  tujuan pendidikan
-  digunakan untuk rekreasi
-  bersukan 

(iii)
Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk menarik penduduk supaya memanfaatkan taman awam?

(4 markah)
  • membina taman awam di semua kawasan perumahan
  • menyediakan prasarana / kemudahan yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat
  • menyediakan kemudahan yang mesra pengguna terutama untuk orang kurang upaya
  • menyediakan kad keahlian
  • menganjurkan lebih banyak acara / sambutan di taman awam 

No comments