Home Top Ad

Analisis Soalan 1 : Merumuskan Karangan Kertas 2 Bahasa Melayu SPM (Jun 2005 - Jun 2018)

Share:
BM SPM

SPM SKOP SOALAN
PERKATAAN YANG SESUAI DITUKAR UNTUK PENDAHULUAN
2005 Jun Cara-cara mengurus tekanan dan kepentingan pengurusan tekanan kepada individu Petikan membincangkan langkah-langkah / kaedah-kaedah / usaha-usaha / pendekatan / strategi mengurus tekanan.
Nov
Faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan
Petikan membincangkan manfaat / kepentingan / kelebihan/ kebaikan  hidup berjiran.
2006 Jun
Kelebihan kerja berpasukan dan cara-cara pemimpin membentuk kerja berpasukan.
Petikan membincangkan faedah / manfaat / kepentingan / kebaikan / keberkesanan kerja berpasukan.
Nov
Cara-cara melahirkan masyarakat berbudi bahasa dan kesan terhakisnya amalan berbudi bahasa dalam masyarakat
Petikan membincangkan langkah-langkah / kaedah-kaedah / usaha-usaha / pendekatan / strategi melahirkan masyarakat berbudi bahasa.
2007 Jun
Kepentingan terumbu karang di Malaysia dan kaedah pemuliharaannya
Petikan membincangkan  faedah-faedah / manfaat / kelebihan / kebaikan memulihara terumbu karang di Malaysia.
Nov
Tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada negara.
Petikan membincangkan usaha-usaha / cara-cara / kaedah-kaedah / langkah-langkah / pendekatan / teknik-teknik / strategi menangani masalah disiplin di negara kita.
2008 Jun
Faedah membaca dan cara-cara menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.
Petikan membincangkan manfaat / kepentingan / kebaikan / kelebihan membaca dalam kalangan masyarakat.
Faedah-faedah penerokaan angkasa lepas  dan cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa lepas
Petikan membincangkan manfaat / kepentingan / kebaikan / kelebihan negara meneroka bidang angkasa lepas
2009 Jun
Punca-punca  keracunan makanan dan kesan-kesan keracunan makanan..
Petikan membincangkan faktor-faktor / sebab-sebab keracunan makanan.
Kepentingan  tidur dari segi saintifik dan cara-cara mengatasi masalah sukar tidur
Petikan membincangkan faedah / manfaat / kelebihan / kebaikan / keperluan tidur dari segi saintifik bagi menjamin kecerdasan seseorang.
2010 Jun
Kesan pemanasan global dan sebab-sebab masyarakat kurang mengambil berat terhadap fenomena ini
Petikan membincangkan implikasi / impak / akibat / keburukan / natijah pemanasan global
Kebaikan makan coklat dan cara-cara memajukan industri coklat Petikan membincangkan manfaat / kepentingan / faedah / kelebihan makan coklat kepada kesihatan.
2011 Jun Kepentingan berpeluh kepada manusia dan cara-cara menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti yang mengeluarkan peluh. Petikan membincangkan faedah / manfaat / kelebihan / kebaikan berpeluh kepada manusia
Kepentingan bahasa kebangsaan dan masalah-masalah yang dihadapi untuk memperkasakan bahasa kebangsaan Petikan membincangkan faedah / manfaat / kelebihan / fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara kita.
2012 Jun Ciri-ciri perunding yang berkesan dan usaha-usaha untuk meningkatkan kemahiran berunding. Petikan membincangkan sifat-sifat perunding yang berkesan
Faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan dan faedah-faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara kita. Petikan membincangkan punca / sebab-sebab pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan
2013 Jun Khasiat cendawan terhadap kesihatan manusia dan usaha-usaha memajukan perusahaan cendawan Petikan membincangkan faedah / manfaat / kelebihan / kebaikan cendawan terhadap manuusia.
Kepentingan hutan bandar dan cara-cara mengekalkan hutan bandar Petikan membincangkan faedah / manfaat / kelebihan / kebaikan hutan bandar.
2014 Jun Faktor-faktor obesiti dan kepentingan mengawal berat badan Petikan membincangkan punca / sebab-sebab obesiti
Peranan kaunselor dan langkah-langkah menggalakkan murid mendapatkan khidmat kaunselor. Petikan membincangkan tanggungjawab / sumbangan / tugas kaunselor.
2015 Jun Cara-cara menjalani kehidupan berkualiti pada hari tua dan sebab-sebab warga tua perlu dihargai. Petikan membincangkan usaha-usaha / kaedah-kaedah  / langkah-langkah menjalani kehidupan berkualiti pada hari tua.
Punca-punca berkurangnya bekalan air bersih dan cara-cara menyedarkan masyarakat supaya berhemat dalam penggunaan air Petikan membincangkan faktor-faktor / sebab-sebab berkurangnya bekalan air bersih.
2016 Jun Kesan-kesan penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid dan peranan ibu bapa dalam mengawal penggunaan telefon pintar anak-anak. Petikan membincangkan implikasi / impak / akibat / keburukan / natijah penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid.
Cara-cara memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja dan kepentingan memupuk semangat patriotisme. Petikan membincangkan usaha-usaha / kaedah-kaedah / langkah-langkah memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja.
2017 Jun Cara-cara menguruskan kewangan dan peranan pelbagai pihak mendidik masyarakat supaya berberlanja secara berhemat. Petikan membincangkan usaha-usaha / kaedah-kaedah / langkah-langkah menguruskan kewangan.
Faedah-faedah pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dan cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS. Petikan membincangkan manfaat /  kepentingan / kebaikan / kelebihan pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS).
2018 Jun Kelebihan-kelebihan penerapan unsur KBAT dan usaha-usaha ibu bapa untuk menyokong pelaksanaan KBAT dalam pendidikan. Petikan membincangkan manfaat / kepentingan / kebaikan penerapan unsur KBAT dalam pendidikan.

No comments